Square Enix Tunda Forspoken Ke Bulan Oktober Tahun Ini

Forspoken merupakan permainan seterusnya oleh Square Enix yang telah mendapat perhatian ramai kerana memperlihatkan bentuk permainan yang menarik. Diumumkan sebelum ini, ia sepatutnya tiba pada 24 Mei 2022.

Namun, Square Enix dan Luminous Productions telah mengumumkan yang mereka terpaksa menunda tarikh pelancaran beberapa bulan ke 11 Oktober 2022. Mereka mengatakan yang memerlukan lebih masa untuk memastikan permainan tersebut di dalam keadaan yang terbaik.

Bersama dengan perubahan ini, DLC yang dirancangkan untuk Forspoken kini hanya akan dilancarkan pada suku kedua tahun depan. Ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan PC.

Sohor Kini