Apex Legends Mobile sebelum ini telah dilancarkan secara beta tertutup di mana beberapa pemain di Malaysia dapat memuat-turunnya, termasuk juga penulis kami sendiri. Bermula hari ini, ia akhirnya ditawarkan secara meluas untuk iOS dan juga Android.

Sesi beta terbuka ini sepatutnya tiba pada awal bulan ini, namun ia telah tertunda ke hari ini, namun EA tidak berkongsi sebab penundaan ini. Walaupun ia dilancarkan secara meluas untuk pemain di Malaysia, akan tetapi ia masih lagi di peringkat beta dan percubaan, oleh itu boleh jangkakan yang ia masih lagi mempunyai beberapa masalah.

Apex Legends Mobile adalah versi berlainan dengan Apex Legends untuk konsol dan juga PC, ia juga akan mempunyai akaun serta kemajuan tersendiri. Jika berminat anda boleh muat-turun melalui pautan ini untuk App Store dan Play Store.

Seperti versi konsol dan PC, ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini