Deadline telah melaporkan yang Prime Video telah berbincang dengan PlayStation Productions untuk menghasilkan siri TV berdasarkan siri permainan God of War. Siri ini dikatakan akan dihasilkan oleh Mark Fergus dan Hawk Ostby iaitu pencipta siri The Expense.

Buat masa ini Amazon Studios dan PlayStation Productions tidak melakukan sebarang pengesahan ataupun pengumuman mengenainya. Namun, sejak Sony menubuhkan PlayStation Productions mereka sentiasa melihat kepada potensi untuk membawa IP mereka ke kandungan-kandungan yang berbeza.

God of War adalah siri permainan yang sedang dibangunkan oleh Santa Monica Studio yang memfokuskan kepada watak Kratos yang merupakan separa Tuhan dan di dalam perjuangan membalas dendam untuk membunuh tuhan-tuhan yunani.

Melalui God of War yang dikeluarkan pada tahun 2018, ia boleh dikatakan sebagai olahan semula dan berlaku di dunia Norse. Permainan susulan untuknya iaitu God of War Ragnarok akan tiba sekitar tahun ini ataupun pada tahun hadapan.

Sohor Kini