Puma telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan koleksi pakaian dan juga kasut berdasarkan permainan popular Minecraft. Koleksi ini akan dikeluarkan secara rasmi di Malaysia pada 19 Mac 2022.

Antara yang disertakan adalah tshirt, hoodies, seluar dan juga kasuk jenis Suede di mana ia akan ditawarkan dengan harga bermula RM139 sehingga RM519 yang akan menggunakan warna putih, kelabu dan hitam bersama dengan logo dan juga watak Minecraft.

Pada 19 Mac ini, anda boleh dapatkannya melalui laman rasmi Puma, Puma KLCC, Puma Pavilion KL, Puma Sunway Pyramid dan Puma Queensbay Mall.

Sohor Kini