The Batman telah menerima ulasan yang boleh dikatakan positif, kami sendiri sangat menyukainya dan anda boleh baca ulasan penuh di pautan ini; Ulasan The Batman – Filem Terbaik Selepas The Dark Knight. Selain mendapat ulasan yang baik, ia tampaknya turut mendapat sambutan yang baik dari segi kutipan di pawagam.

Selepas tayangan untuk hujung minggu pertama, The Batman telah menjana lebih $248 juta (~RM1 bilion) secara global dengan RM534 juta dikutip di Amerika Syarikat dan selebihnya di negara-negara lain. Buat masa ini tidak disahkan lagi kutipan di Malaysia.

Walaupun filem baru sahaja ditayangkan, Warner Bros sebelum ini telah mengesahkan yang The Batman akan menerima dua siri sampingan iaitu satu memfokuskan kepada Gotham PD dan satu lagi watak Penguin lakonan Colin Farrell.

Sohor Kini