Sebelum ini kami sudah laporkan yang Dwayne Johnson (The Rock) dan Kevin Hart akan menjadi pelakon suara untuk dua watak utama di dalam siri animasi DC League of Super-Pets. The Rock adalah Krypto iaitu anjing peliharaan Superman dan Kevin Hart adalah Ace iaitu anjing peliharaan Batman.

Melalui treler terbaru bagi filem tersebut, mereka juga mengesahkan yang Keanu Reeves akan menjadi Batman manakala John Krasinski akan menjadi Superman. Dengan Robert Pattinson menjadi Batman terbaru di dalam filem The Batman, agak menarik untuk melihat satu lagi Batman baharu walaupun sekadar suara sahaja.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Di dalam filem ini, Krypto perlu bersama dengan haiwan-haiwan lain yang masing-masing mendapat kuasa tersendiri cuba untuk menyelamatkan Superman yang telah diculik. DC League of Super-Pets akan ditayangkan pada 19 Mei 2022.

Sohor Kini