Capcom telah mengumumkan yang permainan Resident Evil 2, Resident Evil 3 versi olahan semula yang dikeluarkan pada tahun 2019 dan 2020 bersama dengan Resident Evil 7 yang dikeluarkan pada tahun 2017 akan menerima peningkatan kualiti grafik untuk versi PS5, Xbox Series dan PC.

Mereka juga mengumumkan yang pemilik permainan-permainan tersebut di PS4, Xbox One dan PC akan menerima peningkatan ini sebagai kemaskini secara percuma. Melaluinya, permainan ini akan menyokong ray tracing, kadar kelancaran yang lebih tinggi dan juga sokongan DualSense untuk PS5 seperti getaran haptik dan picu penyesuai.

Buat masa ini mereka tidak mengumumkan lagi tarikh pelancaran kemaskini ini akan tetapi mengatakan yang ia akan tiba sekitar tahun ini. Sebelum itu, anda boleh baca ulasan kami untuk Resident Evil 2 dan Resident Evil 3.

Sohor Kini