Rockstar Games telah mengumumkan yang Grand Theft Auto V dan juga GTA Online akan dikeluarkan untuk konsol generasi terkini pada 15 Mac ini, ia adalah tarikh baharu selepas tertunda daripada sepatutnya dikeluarkan pada akhir tahun lepas.

Melalui versi ini, ia akan membawa pelbagai penambah-baikkan grafik seperti resoulsi 4K, kadar kelancaran 60FPS, kualiti tekstur yang lebih tinggi, HDR dan ray tracing termasuk juga sokongan untuk fungsi-fungsi khusus konsol.

Pemain boleh memilih beberapa tetapan grafik iaitu Fidelity Mode yang akan menggunakan resolusi 4K dengan kadar kelancaran 30FPS termasuk juga sokongan ray tracing di PS5 dan Xbox Series X, Xbox Series S menyokong resolusi 4K yang dipertingkatkan.

Mod seterusnya adalah Performance Mode yang menyokong kadar kelancaran 60FPS, di PS5 dan Xbox Series X ia menyokong resolusi 4K yang dipertingkatkan manakala di Xbox Series S menggunakan resolusi 1080p.

PlayStation 5 dan Xbox Series X juga akan mempunyai satu lagi mod tambahan iaitu Performance RT yang akan menyokong resolusi 4K yang dipertingkatkan, kadar kelancaran 60FPS dan sokongan ray tracing.

Pemain yang ingin memindahkan kemajuan sesi permainan, termasuk juga untuk GTA Online dari PlayStation 4 dan Xbox One boleh melakukannya untuk sekali dengan menggunakan Rockstar Games Social Club, ia juga menyokong pemindahan rentas platform.

Namun, GTA$ yang dibeli hanya boleh di-pindah di konsol keluarga yang sama sahaja, yang diperoleh dengan bermain, ia boleh dipindahkan secara penuh.

Sohor Kini