Sebelum kami meneruskan laporan ini, ia akan menyentuh mengenai bahagian akhir filem The Batman, oleh itu jika anda masih tidak menontonnya, kami sangat cadangkan anda menutup artikel ini dan tonton terlebih dahulu.

Jika anda sudah menontonnya, anda akan ketahui yang apabila Riddler ditangkap, dia telah dimasukkan ke dalam Arkham, dan sebelum penutup filem, Riddler bercakap dengan seseorang yang tampaknya memahami kehendak Riddler dan mereka terus menjadi rakan.

Watak tersebut dilakonkan oleh Barry Keoghan dan di dalam filem ia sekadar dikatakan sebagai banduan Arkham yang tidak dinamakan. Melalui perkongsian dengan IGN, pengarah The Batman iaitu Matt Reeves telah mengesahkan yang watak tersebut adalah Joker.

Matt Reeves juga mengatakan yang mereka mempunyai beberapa lagi adegan yang melibatkan Joker akan tetapi telah dibuang daripada filem akhir dan mengatakan yang Joker yang diperlihatkan adalah versi awal Joker bahkan sebelum dia adalah ‘Joker’ lagi.

Sama ada filem seterusnya The Batman, ataupun siri sampingan untuk dunia Gotham ini akan menyertakan Joker, beliau tidak dapat mengesahkannya lagi.

The Batman sudah ditayangkan di pawagam dan anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan The Batman – Filem Terbaik Selepas The Dark Knight

Sohor Kini