505 Games telah mengumumkan penambahan Project_Hel sebelum ini untuk permainan aksi mereka Ghostrunner. Selepas tertunda sebelum ini, ia akhirnya telah dikeluarkan bermula pada hari ini untuk PlayStation, Xbox dan PC.
Ia ditawarkan dengan harga RM59, manakala versi Nintendo Switch akan tiba pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Anda boleh tonton treler pelancaran untuk DLC ini di bawah.
Project_Hel pertama kali diumumkan pada tahun lepas di mana melaluinya pemain akan mengawal watak baharu iaitu Hel yang merupakan antara bos penjahat di dalam permainan asal. Pemain akan memasuki Menera Dharma untuk melakukan misi dirinya sendiri. Hel lebih memfokuskan kepada pertempuran dan boleh diserang beberapa kali sebelum mati berbeza dengan permainan asal yang terus mati.
Ghostrunner merupakan antara permainan terbaik pada tahun lepas dan anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Ghostrunner – Permainan Aksi Parkour Ninja Cyberpunk Yang Sangat Mencabar. Ia sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.