Hitman Sniper: The Shadows Kini Dilancarkan Untuk iOS Dan Android

Seperti diumumkan sebelum ini, Square Enix akhirnya melancarkan permainan terbaru untuk siri Hitman Sniper mereka iaitu Hitman Sniper: The Shadows untuk iOS dan juga Android. Selepas membuka sesi pra-daftar sebelum ini, ia kini boleh dimuat-turun.

Mereka juga telah berkongsi treler pelancaran yang anda boleh tonton di bawah.

Dalam Hitman Sniper: The Shadows ini, pemain perlu menembak hendap mangsa mengikut misi yang diberikan daripada jarak jauh. Cuma kali ini dilihat ia menyokong mod PvP dan pemain boleh berlawan skor siapa yang paling hebat dalam menembak hendap.

Hitman Sniper: The Shadows sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini