Kami sebelum ini telah melaporkan yang Timbalan Perdana Menteri Ukraine telah meminta untuk PlayStation dan Xbox menghentikan sementara operasi mereka di Rusia sebagai desakan untuk menghentikan Rusia menyerang negara tersebut.

Buat masa ini, mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, akan tetapi studio permainan video dari negara Jiran Ukraine iaitu CD Projekt dari Poland telah mengumumkan yang mereka akan menghentikan penawaran permainan mereka secara digital dan penghantaran permainan mereka secara fizikal ke Rusia dan Belarus.

Mereka juga mengatakan yang mereka bukan entiti politik yang dapat memberi kesan kepada sesuatu negara akan tetapi berharap dengan entiti komersial apabila bersama dapat memberi desakan yang berkesan, dan berharap ia dapat membuatkan komuniti secara global untuk mengambil tindakan terhadap perkara ini.

CD Projekt mempunyai gedung permainan digital GOG yang akan juga menghentikan operasi di Rusia serta Belarus yang menyokong Rusia di dalam pencerobohan ini.

Sohor Kini