Prime Gaming telah mengumumkan senarai permainan percuma yang ditawarkan bagi bulan Mac dan ia menyertakan 7 permainan yang seperti biasa boleh ditebus secara terus melalui Amazon Games App, Origin dan juga Epic Games Store.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang ditawarkan secara percuma sehingga 2 April 2022;

  • Madden NFL 22 – Origin (sehingga 1 April 2022)
  • Surviving Mars – Epic Games Store
  • SteamWorld Quest: Hand of Gilgamech
  • looK INside
  • The Stillness of the Wind
  • Crypto Against All Odds
  • Pesterquest

Anda boleh langgan Prime Gaming di pautan ini, bagi pelanggan baharu, anda boleh mencubanya selama 7 hari, dan jika diteruskan caj $5.99 (~RM25) sebulan akan dikenakan. Bagi kami ia sangat berbaloi terutama jika anda sering mengikut penstrimer di Twitch ataupun ingin menonton sebarang siri dan filem di Prime Video.

Sohor Kini