DC Worlds Collide telah mengumumkan yang acara masa terhad baharu untuk permainan tersebut kini bermula iaitu “What Am I?” yang akan memfokuskan kepada pergaduhan di antara Batman dan The Riddler, seperti filem terbaru The Batman.

Di dalam acara ini, Batman perlu menyelesaikan teka-teki yang ditinggalkan oleh The Riddler untuk mendapat pelbagai ganjaran di dalam permainan.

DC Worlds Collide adalah permainan auto-battler berdasarkan watak-watak DC. Di dalam permainan ini, pemain boleh mengumpul watak-watak adiwira DC yang berbeza untuk melawan dengan penjahat terutama melawan Crime Syndicate.

Ia sudah dikeluarkan untuk Android secara akses awal dan merupakan permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini