Pusingan Playoffs Untuk VCT APAC 2022 Bermula Pada 10 Mac Ini

Riot Games telah mengumumkan yang pusingan playoff untuk Valorant Challengers APAC 2022 akan bermula pada 10 Mac ini dengan pusingan kelayakan sebelum diteruskan dengan pusingan kumpulan yang akan melibatkan 16 pasukan.

Pusingan kelayakan akan memperlihatkan 8 pasukan merebut 4 slot untuk ke pusingan kumpulan menyertai 12 pasukan yang sudah layak. Berikut adalah pasukan yang akan bertanding di peringkat kelayakan; Team Big Baam, Onic Esports, Full Sense, Action PH, Griffin Esports, Fancy United Esports, NN dan Global Esports.

Pasukan-pasukan yang sudah layak ke peringkat kumpulan adalah seperti berikut; Boom Esports, Made in Thailand, Cerberus Esports, Xerxia, Naos Esports, Bleed Esports, Paper Rex, Bonkers, Boy With Love, South Built Esporst, Velocity Gaming dan Oblivion Force.

Tiga pasukan yang mewakili Malaysia dan Singapura adalah Paper Rex, Bleed Esports dan NN.

8 pasukan terbaik dari peringkat kumpulan akan melayakkan diri ke peringkat akhir yang akan dipertandingkan bermula pada 24 Mac. 2 Pasukan terbaik dari peringkat akhir ini akan layak ke Masters 1 yang berlangsung di Iceland dan juga merebut hadiah terkumpul $150 ribu.

Berikut adalah jadual penuh untuk setiap peringkat;

  • Peringkat Kelayakan: 10 – 13 Mac
  • Peringkat Kumpulan: 16 – 21 Mac
  • Peringkat Akhir: 24 – 27 Mac

Anda boleh mengikut kejohanan ini secara langsung di laman media sosial Valorant. Valorant sudah dikeluarkan untuk PC, ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini