Tango Gameworks dan Bethesda telah hadir dengan novel visual untuk permainan akan datang mereka Ghostwire: Tokyo. Novel ini akan memfokuskan kepada penceritaan sebelum kejadian di dalam permainan.

Novel visual ini boleh dimuat turun secara percuma di PlayStation 4 dan PlayStation 5 bermula sekarang, manakala PC melalui Steam dan Epic Games Store akan tiba pada 8 Mac 2022.

Ghotwire: Tokyo akan dikeluarkan pada 25 Mac 2022 untuk PlayStation 5 dan PC, sebagai permainan eksklusif buat masa terhad. Sesi pra-tempahan untuknya juga sudah dibuka dengan ditawarkan dengan harga RM249 untuk PS5 dan RM179.99 di Steam.

Sohor Kini