Garena telah mengumumkan yang acara kolaborasi untuk permainan battle royale mereka iaitu Free Fire dengan siri permainan popular oleh Ubisoft Assassin’s Creed kini bermula dan akan menyertakan pelbagai kandungan berdasarkan permainan tersebut.

Antara yang disertakan adalah satu bangunan baharu di peta Bermuda, pemain boleh memasuki bangunan ini untuk mendapatkan pelbagai loot dan selain itu, pemain juga boleh melakukan The Leap of Faith.

Di dalam permainan, pelbagai elemen juga telah menerima rekaan baharu seperti skrin pemuatan, vending machine, airship dan juga airplane yang mengambil rekaan daripada Assassin’s Creed. Tambahan itu, mereka juga hadir dengan lagu The Creed of Fire yang mengabungkan lagu Assassin’s Creed dengan lagu Free Fire. Anda boleh mendengarnya di Spotify dan juga Youtube.

Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini