Selepas berpisah dengan Gank, Yoodo berkerjasama dengan organisasi Alliance pada Ogos tahun lepas untuk hadir dengan pasukan baharu bagi PUBG Mobile. Mereka telah mengambil pasukan GriTG Ares akan tetapi selepas beberapa kejohanan, kesemua mereka dilepaskan.

Yoodo Alliance kemudian bekerjasama dengan 4 Rivals, akan tetapi lebih kepada kolaborasi berbanding menjadi satu pasukan penuh. Namun, minggu ini, Yoodo Alliance dengan secara rasminya mengumumkan yang kerjasama tersebut kini akan membantuk pasukan Yoodo Alliance-4Rivals, dengan kata lain, merasmikan kolaborasi ini.

4Rivals pada tahun ini telah bertanding di dua kejohanan utama iaitu PUBG Mobile Global Championship 2021, pasukan kedua mewakili Malaysia bersama dengan Team Secret, mereka berada di kedudukan ke-14 daripada 16 pasukan.

Mereka juga bertanding di dalam SEA Esporst Championship mewakili Malaysia bersama dengan Geek FAM, di mana mereka telah mendapat tempat ke-13 daripada 20 pasukan.

Berikut adalah senarai pemain untuk Yoodo Alliance – 4Rivals;

  • Haziq Hanafi (Appy)
  • Saiful Annuar (Eypul)
  • Harith Aimar (Rith)
  • Sharul Daulay ( Pemburu)
  • Imran Rosli (Vokey)

Sohor Kini