Team SMG telah mengumumkan pasukan wanita baharu untuk permainan menembak Valorant, ia terdiri daripada tiga pemain dari Singapura iaitu Abigail Kong (Kohaibi) sebagai ketua pasukan, Yu Ting (Envious), Kellyn Sim (Kaephrodite) dan dua pemain dari Thailand Jularat Buaphan (YOKY) dan Wanwisa Pannil (fixky).

Mereka mengatakan yang pasukan ini bukan sahaja akan bertanding di dalam VCT Game Changers yang memfokuskan kepada pasukan-pasukan wanita akan tetapi juga VCT yang utama melawan dengan pasukan-pasukan lain.

Pasukan Valorant Team SMG yang sebelum ini telah dilepaskan dengan beberapa pemain menyertai pasukan lain seperti Paper Rex dan UwU. Manakala Alex Cheang (falfalfal) menjadi pencipta kandungan untuk mereka dan dia juga akan menjadi jurulatih untuk pasukan baharu ini.

Sohor Kini