505 Games hari ini telah mengumumkan yang permainan tekaria Puzzle Quest 3 turut dilancarkan untuk PC dan juga iOS secara akses awal. Pada tahun lepas, ia juga telah dilancarkan untuk Android. Puzzle Quest 3 adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Selain itu, mereka juga berkongsi treler pelancaran baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Ia menyertakan pertempuran 1v1, dan pemain boleh menggunakan pelbagai watak seperti Paladin, Berserker, Shaman, Assassin, ataupun Necromancer. Ia juga menyertakan mod permainan PvP dan juga koperasi sehingga 4 pemain. Pemain boleh mendapatkan pengalaman untuk mempertingkatkan lagi tahap watak dan juga mendapat pelbagai jenis perisai dan android.

Puzzle Quest 3 diterbitkan oleh 505 Games selepas mereka mengambil alih studio pembangun iaitu Infinity Plus Two pada tahun lepas.

Sohor Kini