Pembangun Apex Legends Mobile telah menyatakan pada minggu lepas yang mana mereka akan melakukan pelancaran terhad permainan video Apex Legends Mobile mereka di beberapa buah negara – termasuk Malaysia pada minggu ini. Namun, melalui perkongsian terbaru, mereka menyatakan hal berkenaan ditangguhkan ke minggu hadapan, 7 Mac.

Respawn melalui perkongsian mereka, menyatakan hal ini adalah disebabkan oleh situasi dunia sekarang – berkaitan apa yang sedang berlaku antara Rusia dan Ukraine.

Apex Legends Mobile menawarkan permainan berbentuk Battle Royale, dan disasarkan untuk pengenalan pada Android dan iOS – dengan memori sekurang-kurangnya 2GB RAM.

Dengan penangguhan ini, sama-sama kita nantikan minggu hadapan sebelum dapat mencuba permainan ini.

Sohor Kini