Microsoft hari ini telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam Xbox Game Pass bagi pertengahan pertama untuk bulan Mac, dan ia menawarkan banyak permainan menarik termasuk juga Marvel’s Guardians of the Galaxy yang baru sahaja dilancarkan pada Oktober tahun lepas.

Ia adalah satu permainan yang sangat baik, sudah semestinya lebih baik berbanding permainan Marvel oleh Square Enix sebelum ini iaitu Avengers. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Marvel’s Guardians of The Galaxy – Percubaan Kedua Square Enix Yang Berjaya.

Selain itu, ia juga menyertakan permainan seperti Far: Changin Tides, dan satu lagi permainan Square Eni iaitu Final Fantasy XIII: Lightning Returns.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang akan menyertai Xbox Game Pass pada pertengahan tahun ini;

  • Far: Changing Tides (Xbox, Cloud, PC) – Sudah tiba
  • Lightning Returns: Final Fantasy XIII (Xbox, PC) – 3 Mac
  • Kentucky Route Zero (Xbox, Cloud, PC) – 10 Mac
  • Lawn Mowing Simulator (Xbox One) – 10 Mac
  • Marvel’s Guardians of the Galaxy (Xbox, Cloud, PC) – 10 Mac
  • Young Souls (Xbox, Cloud, PC) – 10 Mac

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang aplikasi Xbox Game Pass for PC kini menjadi lebih baik dengan pemain boleh memilih storan mana yang ingin digunakan untuk memasang mana-mana permainan. Ia juga boleh diubah dan di pindah dengan mudah, serta memudahkan pemain untuk menggunakan mod.

Manakala, senarai permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass pada 15 Mac adalah seperti berikut;

  • Nier: Automata
  • Phogs!
  • Torchlight III
  • The Surge 2

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Sohor Kini