Pada tahun lepas, Sony yang sebelum itu telah memiliki Funimation mengumumkan yang mereka mengambil-alih Crunchyroll iaitu antara penyedia kandungan anime utama di beberapa negara dengan harga $1.175 bilion (~RM4.78 bilion).

Hari ini, Crunchyroll telah mengumumkan yang kesemua kandungan yang ditawarkan Funimation akan dipindahkan ke Crunchyroll, memperlihatkan strategi Sony untuk memfokuskan penawaran anime kepada satu perkhidmatan sahaja.

Wakanin iaitu perkhidmatan di bawah Funimation yang ditawarkan di negara Perancis juga dipindahkan ke Crunchyroll. Dengan Funimation ataupun Crunchyroll masih tidak ditawarkan secara rasmi di Malaysia, perubahan ini masih tidak memberi kesan akan tetapi, ada kemungkinan yang ia akan ditawarkan dengan lebih meluas.

Sohor Kini