Sebelum ini kami melaporkan yang Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan disiarkan pada 6 Mei 2022 berdasarkan tarikh untuk tayangan secara global. Hari ini, GSC telah mengumumkan yang filem tersebut akan disiarkan lebih awal di Malaysia iaitu pada 4 Mei 2022.

Walaupun GSC yang melakukan pengumuman ini, akan tetapi berkemungkinan besar penyedia-penyedia pawagam lain akan melakukan tayangan pada tarikh yang sama.

Selepas Spider-Man: Far From Home, Doctor Strange in the Multiverse of Madness sudah semestinya filem Marvel seterusnya yang dinanti-nantikan oleh peminat, terutama dengan hadirnya multimesta di dalamnya.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness diarahkan oleh Sam Raimi dan akan dibintangi oleh Benedict Cumberbatch, Elizabeth Olsen, dan Rachel McAdams.

Sohor Kini