Warner Bros Pictures telah berkongsi treler kedua untuk Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore yang menerima treler pertama pada akhir tahun lepas. Anda boleh tonton treler baharu ini di bawah.

Di dalam treler ini ia memfokuskan bagaimana Grindewald bersama dengan pengikut-pengikut mereka termasuk juga Credence Barebone yang menjadi fokus utama di dalam filem yang lepas, memulakan peperangan melawan dengan muggle iaitu manusia yang tidak mempunyai kuasa magis.

Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore diarahkan oleh David Yates akan disiarkan pada bulan April tahun depan.

Sohor Kini