Garena telah mengumumkan yang kumpulan K-Pop popular iaitu BTS merupakan selebriti seterusnya yang menjadi duta global untuk permainan battle royal Free Fire.

Mereka juga mengumumkan yang acara kolaborasi BTS X Free Fire akan tiba sekitar bulan ini. Maklumat lanjut mengenai acara tersebut akan dikongsi kemudian akan tetapi mereka mengacahkan yang ahli-ahli BTS akan memasuki dunia Free Fire.’

Free Fire buat masa ini telah menjadi antara permainan yang diharamkan di India, perkara ini juga telah menerima reaksi dari kerajaan Singapura yang merasakan permainan tersebut diharamkan kerana kesilapan menganggap ia adalah aplikasi dari China.

Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini