Skip to main content

Playground Games melalui permainan Forza Horizon 5 telah menyertakan pelbagai tetapan kebolehcapaian yang membantu pemain kelainan upaya untuk bermain permainan tersebut, bahkan mereka telah menerima penghargaan dengan memenangi Permainan Dengan Inovasi Di Dalam Kebolehcapaian di Game Awards 2021.

Tidak berhenti setakat itu, mereka juga telah mengumumkan melalui kemaskini yang akan tiba esok ataupun sekitar minggu ini, Forza Horizon 5 akan mempunyai sokongan bahasa isyarat di lebih 300 adegan di dalam permainan ini. Bahasa isyarat yang digunakan adalah American Sign Language (ASL) dan British Sign Language (BSL)

Melalui video yang dikongsi, mereka juga menerangkan bagaimana bahasa Inggeris dan bahasa isyarat adalah perkara yang berbeza oleh itu, sari kata bukanlah satu penyelesaian yang sebenar untuk kebolehcapaian bagi pemain-pemain yang mempunyai masalah pendengaran.

Forza Horizon 5 sudah dikeluarkan untuk Xbox One, Xbox Series dan PC di Steam dan juga Windows Store. Ia juga disertakan di dalam Xbox Game Pass.

Leave a Reply