Steam Deck telah dilancarkan secara rasmi, sekurang-kurangnya bagi yang berjaya melakukan pra-tempahan dan negara-negara yang terpilih. Bagi pengguna Malaysia, malangnya masih tiada pengesahan jika ia akan tiba secara rasmi tetapi melalui pihak ketiga, ia sudah ditawarkan.

Namun, bagi beberapa orang pengguna di Amerika Syarikat mereka bukan sahaja telah menerima Steam Deck yang ditempah, tetapi telah menerima kejutan apabila Gabe Newell iaitu pengasas Valve sendiri melakukan penghantaran konsol mereka.

Menjadikan ia lebih menarik, Gabe Newell juga telah menanda-tangan kesemua Steam Deck tersebut, bahkan memberikan alamat emelnya jika mereka ingin memberi maklum balas secara terus mengenai konsol tersebut.

Steam Deck ditawarkan pada harga permulaan $399, $529 dan $649 bergantung kepada saiz storan yang dipilih. Maklumat lanjut boleh di baca di pautan ini; Konsol Terbaru Steam Dinamakan Steam Deck – Dikuasakan APU AMD, Akan Dipasarkan Pada Bulan Disember Kelak.

Sohor Kini