Tayangan filem seterusnya untuk adiwira Batman, iaitu The Batman lakonan Robert Pattinson akan bermula pada 3 Mac ini, namun sebelum itu Sunway Pyramid dengan kerjasama bersama dengan Warner Bros telah hadir dengan The Batman Experience bermula pada 1 Mac sehingga 20 Mac.

Sebagai pembukaan, pada hari esok 1 Mac 2022, pukul 7 malam, Bat-signal akan dipancarkan di atas Sunway Pyramid dan anda boleh hadir untuk melihatnya sehingga 10 malam.

Selain itu, mereka juga menyediakan beberapa pamera yang memfokuskan kepada Batman, antara yang disertakan adalah Batman Corner untuk pemain melihat kostum dan peralatan Batman serta bermain permainan mini.

The Riddle Corner akan menyertakan satu kawasan yang dihasilkan berdasarkan kawasan di dalam filem, pengunjung juga boleh melawat The Riddle Corner Bar di mana sesiapa yang menjumpai klu untuk membuka permainan Shadow of the Gotham boleh mendapat 1 cawan Nescafe Dolce Gusto.

Mereka juga menganjurkan pelbagai pertandingan seperti DC Superhero Cosplay yang akan berlangsung pada 6 Mac, 13 Mac dan 20 Mac, beli dan menang serta pertandingan media sosial.

Anda boleh baca lanjut mengenai acara ini bersama dengan pertandingan-pertandingan yang disediakan melalui pautan ini.

Sohor Kini