Tokyo Game Show Kembali Sebagai Acara Fizikal Tahun Ini

Computer Entertainment Supplier’s Association (CESA) telah mengumumkan yang selepas dua tahun dianjurkan secara digital, Tokyo Game Show 2022 akan kembali sebagai acara fizikal di mana ia akan dibuka kepada profesional dan juga umum.

Tokyo Game Show 2022 akan berlangsung di Makuhari Messe bermula pada 15 September sehingga 18 September, di mana dua hari pertama adalah dikhususkan untuk media dan dua hari terakhir akan dibuka untuk umum.

Tema bagi tahun ini adalah “Nothing Stops Gaming” di mana permainan video terus menjadi sesuatu yang penting walaupun banyak aktiviti serta perkara yang telah terhenti akibat pandemik Covid-19.

Sohor Kini