Curve Digital telah mengumumkan yang The Ascent iaitu permainan aksi RPG yang menggunakan tema ‘Cyberpunk’ akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 pada 24 Mac 2022, buat masa ini secara digital sahaja.

The Ascent sebelum ini telah dikeluarkan untuk Xbox One, Xbox Series dan PC, ia juga disediakan di dalam Xbox Game Pass. Ia telah menerima pelbagai ulasan yang positif dengan bentuk permainan dan rekaan dunia yang baik tetapi mempunyai masalah prestasi, sekurang-kurangnya pada awal pelancaran.

Setiap pra-tempah akan mendapat senjata yang khusus untuk pemain di PlayStation akan tetapi di ia masih tidak disenaraikan lagi di PlayStation Store Malaysia.

Sohor Kini