Super Smash Bros Tidak Menyertai Kejohanan Evo 2022

MkLeo iaitu pemenang untuk Super Smash Bros Ultimate ketika Evo 2019 tampaknya akan terus menjadi pemegang kejuaraan tersebut untuk sekurang-kurangnya setahun lagi apabila Evo telah mengesahkan yang Super Smash Bros tidak akan menyertai Evo 2022.

Evo 2020 telah dibatalkan akibat kes gangguan seksual oleh bekas CEO Evo iaitu Joey Cuellar, manakala Evo 2021 yang dianjurkan secara dalam talian juga tidak melibatkan Super Smash. Ada yang mengatakan ia adalah disebabkan ia dianjurkan secara dalam talian.

Namun, dengan Evo 2022 kembali dianjurkan secara fizikal, alasan tersebut tidak lagi boleh digunakan dan ia adalah sesuatu yang dipilih oleh Nintendo sendiri.

Ini mungkin juga berkait dengan Nintendo telah mengumumkan kerjasama dengan Panda Global untuk menganjurkan kejohanan Super Smash Bros Ultimate dan Super Smash Bros Melee di Amerika Utara.

Sohor Kini