Gabe Newell: Masalah NFT Dan Kripto Adalah Pengguna Bukan Teknologi

Steam sebelum ini telah mengumumkan yang mereka mengharamkan sebarang permainan yang mempunyai NFT dan juga menghentikan sokongan pembayaran menggunakan kripto.

Melalui temubual bersama dengan Rock Paper Shotgun, Gabe Newell mengatakan yang pengharaman ini bukan kerana mereka tidak menyukai NFT ataupun Kripto, sebalinya ia mempunyai ramai pengunaan yang salah.

Beliau juga mengatakan yang teknologi di sebalik NFT dan kripto adalah sesuatu yang masuk akal, akan tetapi buat masa sekarang ramai yang terlibat di dalam perkara ini terlibat dengan perkara yang tidak baik seperti penipuan dan pengubahan wang haram.

Bercakap mengenai kripto, selain ia mempunyai nilai yang sangat tidak menentu, kebanyakan transaksi semasa ia disokong adalah satu penipuan oleh itu mereka mengambil keputusan untuk tidak menyokongnya secara terus.

Dengan Gabe Newell yang mengambil pendirian yang lebih ‘positif’ terhadap NFT dan juga kripto, berbanding dengan Itch.io contohnya yang mengatakan ia adalah satu scam, NFT dan kripto mungkin akan disertakan di Steam di masa hadapan.

Sohor Kini