Knockout City akan menyambut ulang tahun pertama pada bulan Mei tahun ini, dan Velan Studios telah mengumumkan apabila permainan tersebut memasuki kandungan untuk tahun kedua, ia akan menjadi permainan percuma untuk dimainkan.

Selain itu, dengan perubahan ini, mereka juga telah mengumumkan mereka akan menerbitkan sendiri berbanding di bawah payung EA Originals sebelum ini. Perubahan ini dijangka berlaku sekitar suku kedua tahun ini.

Bagi pemain yang membeli Knockout City sebelum ini, anda akan mendapat barangan kosmetik, XP boost dan 2000 Holobux apabila ia menjadi permainan percuma kelak. Namun, dengan permainan ini ditawarkan secara percuma melalui Xbox Game Pass, EA Play dan PS Plus sebelum ini, kebanyakan pemain mungkin sudah mendapatkannya secara percuma.

Knockout City sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini