Di dalam penstriman yang ramai jangkakan sekadar perkongsian kemaskini untuk permainan-permainan mereka, The Pokemon Company dan Game Freaks telah melakukan kejutan apabila mengumumkan permainan utama baharu untuk siri tersebut iaitu Pokemon Scarlet dan Pokemon Violet.
Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.
Buat masa ini mereka tidak mengumumkan benua yang akan menjadi rumah untuk kedua-dua permainan ini akan tetapi berdasarkan rekaan yang diperlihatkan di dalam permainan, ia berkemungkinan besar akan mengambil negara Sepanyol sebagai sumber.
Namun, mereka ada memperlihatkan tiga Pokemon permulaan iaitu Sprigatito, Fuecoco dan Quaxly iaitu Pokemon jenis Grass, Fire dan Water. Selain itu, mereka juga mengatakan yang ia mempunyai elemen Dunia Terbuka, mungkin seperti yang dicuba di dalam Pokemon Legends: Arceus.
Pokemon Scarlet dan Pokemon Violet akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch sekitar akhir tahun ini.