Tiket Untuk Filem Jujutsu Kaisen 0 Kini Mula Dijual

TGV sebelum ini telah mengumumkan yang filem berdasarkan siri manga dan anime popular Jujutsu Kaisen iaitu Jujutsu Kaisen 0 akan mula ditayangkan di Malaysia pada 10 Mac 2022 di pawagam-pawagan terpilih mereka.

Hari ini, mereka juga telah mengumumkan yang tiket jualan untuk filem tersebut mula ditawarkan dan terdapat lebih 30 cawangan pawagam yang akan membawa filem ini, antaranya adalah TGV 1 Utama, TGV KLCC dan TGV Sunway Putra.

Anda boleh lakukan pembelian tiket dan juga melihat senarai pawagan serta masa ditayangkan di laman TGV.

Filem Jujutsu Kaisen 0 merupakan filem prekuel kepada siri anime Jujutsu Kaisen yang memperlihatkan watak Okkotsu Yuta sebagai watak utamanya, bersama-sama para pelajar tahun kedua Tokyo Metropolitan Curse Technical College dan Gojo Satoru sebagai gurunya.

Sohor Kini