Cris Tales Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store

Epic Games Store minggu ini menawarkan satu permainan percuma untuk tawaran mingguan mereka iaitu Cris Tales, ia boleh ditebus sehingga 4 Mac 2022.

Cris Tales merupakan permainan RPG dengan pertempuran mengikut turutan, perkara menarik mengenai permainan ini adalah watak utama mempunyai keupayaan untuk mengubah masa ke masa hadapan ataupun ke masa silam yang akan memberikan perkara berbeza semasa bertempur.

Selepas tawaran ini berakhir, Epic Games Store akan menggantikan dengan barangan untuk Dauntless yang merupakan permainan percuma.

Sohor Kini