Milestone dan Dorna Sports telah mengumumkan yang permainan seterusnya untuk simulasi lumba motosikal mereka iaitu MotoGP 22 akan dikeluarkan pada 21 April 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Selain menyertakan kandungan baharu, dengan pelumba serta motosikal berdasarkan musim baharu untuk MotoGP, mereka juga memperkenalkan mod baharu iaitu NINE di mana pemain akan bermain semula musim MotoGP untuk tahun 2009.

Melaluinya pemain boleh bermain sebagai Rossi, Pedrosa, Stoner dan Lorenzo untuk mengetahui lanjut mengenai apa yang berlaku pada musim tersebut.

Sohor Kini