Square Enix telah mengumumkan kandungan-kandungan tambahan yang akan tiba untuk musim pertama bagi permainan tersebut yang akan bermula pada 26 Februari sehingga 31 Mei 2022.

Ia akan dilancarkan secara rasmi pada 3 Mac, akan tetapi pemain boleh mula mencuba melalui demo terbuka di PlayStation esok. Untuk PC, demo akan disertakan pada akhir bulan Mac.

Antara yang diumumkan adalah Battle Pass untuk musim sulung ini akan ditawarkan secara percuma, manakala pada bulan Mac ia akan menerima mod baharu iaitu Duels dan pelbagai kemaskini yang akan menyertakan puak dan senjata baharu.

Manakala pada 29 Mac, acara kolaborasi bersama dengan Nier: Automata akan bermula, ia menawarkan kostum, penjahat dan juga dungeon berasaskan permainan tersebut. Pada 26 April, penceritaan tambahan disertakan iaitu Resurgence.

Selain itu, Square Enix juga telah berkongsi treler baharu yang memfokuskan kepada pertempuran di dalam Babylon’s Fall. Ia memperlihatkan bagaimana pemain boleh membawa empat senjata untuk digunakan di dalam situasi yang berbeza.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Babylon’s Fall dibangunkan oleh Platinum Games yang terkanl dengan permainan seperti Nier, Bayonetta dan juga Astral Chain. Ia akan dilancarkan pada 3 Mac 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan juga PC.

Sohor Kini