11 Bit Studios iaitu pembangun untuk permainan seperti This War of Mine dan Frostpunk telah mengutuk sekeras-kerasnya Russia yang melakukan serang ketenteraan ke atas Ukraine.

Mereka mengatakan sebagai studio dari negara jiran (Poland) dan pembangun untuk permainan yang memperlihatkan kesan peperangan, This War of Mine mereka perlu melakukan sesuatu.

Oleh itu, untuk 7 hari bermula sekarang, setiap jualan This War of Mine di mana-mana platform, akan didermakan kepada Red Cross di Ukraine untuk membantu mangsa-mangsa yang terkesan dengan peperangan ini.

Sohor Kini