Ubisoft telah mengumumkan yang permainan penuh Assassin’s Creed Valhalla (tidak termasuk DLC) boleh dimainkan secara percuma buat masa terhad iaitu bermula sekarang sehingga 28 Februari untuk PlayStation, Xbox dan juga PC melalui Ubisoft Store.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Dengan permainan ini mengambil lebih kurang 60 jam untuk dihabiskan, mungkin sukar untuk menghabiskannya dalam masa 3 hari ditawarkan percuma ini akan tetapi setiap kemajuan akan dibawa jika pemain mengambil keputusan untuk membelinya secara penuh.

Assassin’s Creed Valhalla sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Assassin’s Creed Valhalla – Permainan Dunia Terbuka Yang Luas Tetapi Terlalu Banyak Pepijat.

Sohor Kini