Sebelum ini kami sudah laporkan yang siri-siri Marvel oleh Netflix seperti The Defenders, Daredevil, Jessica Jones, Luke Cage, The Punisher dan juga Iron Fist tidak lagi ditawarkan di Netflix bermula pada 1 Mac 2022. Namun, tidak diumumkan platform baharu siri-siri ini akan ditawarkan.

Berdasarkan kenyataan akhbar yang dikatakan oleh Disney+ Canada, tampaknya siri-siri ini akan disertakan di dalam perkhidmatan penstriman tersebut pada 16 Mac 2022.

Buat masa ini, Disney masih tidak melakukan pengumuman rasmi termasuk juga sama ada Disney+ Hotstar di Malaysia akan menerima kandungan ini juga.

Siri-siri Netflix berdasarkan watak-watak Marvel masih tidak disahkan lagi sama ada merupakan sebahagian daripada MCU, akan tetapi beberapa pelakon seperti Charlie Cox dan Vincent D’Onofrio telah membuat penampilan di dalam filem dan siri MCU.

Sohor Kini