Sebelum ini kami sudah melaporkan yang India telah mengharamkan permainan Free Fire di negara tersebut, di dalam operasi mengharamkan aplikasi-aplikasi dari China. Ia adalah perkara yang sama berlaku untuk PUBG Mobile.

Namun, bagi Free Fire ia sedikit berbeza kerana mereka merupakan permainan yang dihasilkan oleh Garena iaitu studio permainan yang berpusat di Singapura dan bukan China.

Menurut laporan oleh Reuters, kerajaan Singapura telah meminta penjelasan daripada Kementerian Luar Negara India sama ada permainan tersebut diharamkan merupakan satu ‘kesilapan yang tidak disengajakan’.

Laporan tersebut juga mengatakan yang Kementerian Luar Negara India telah mengajukan pertanyaan tersebut kepada Kementerian Teknologi akan tetapi tidak disahkan jika kerajaan India akan memberi penjelasan untuk perkara tersebut.

Sohor Kini