Dengan Riot Games memasuki ulang tahun yang ke-20, mereka telah mengumumkan logo baharu untuk jenama mereka. Ia tidak membawa perubahan yang besar berbanding sebelum ini, melainkan pada penggunaan font di tulisan.

Logo baharu adalah seperti berikut;

Selain itu, mereka juga akan mengembangkan lagi perniagaan penerbitan di Asia Pasifik dengan pejabat akan dibuka di beberapa negara lagi seperti Filipina, India, Indonesia/Malaysia dan Thailand untuk menyokong perkembangan ini.

Mereka juga mengembangkan lagi model operasi mereka dengan penerbitan akan menjadi perkara utama dan akan turut melibatkan permainan video, hiburan, esukan dan juga perniagaan.

Alex Kraynov akan menjadi Pengarah Pengurusan untuk Asia Pasifik, beliau sebelum ini merupakan Pengarah Pengurusan Untuk Pasaran Baharu. Menyertai beliau adalah barisan pengurusan seperti berikut;

  • Shinji Komiyama, Pengarah Untuk Pengurus Negara, APAC
  • Jennifer Poulson, Ketua Perhubungan Penerbitan, APAC
  • Alasdair Gray, Ketua Pemasaran, APAC
  • Derek Winder, Ketua Pembangunan Perniagaan, APAC
  • Yasushi Fujimoto, Pengurus Japan
  • Joel Guzman, Pengurus Philippines
  • Resha Pradipta, Pengurus Indonesia/Malaysia

Riot Games telah hadir dengan pelbagai permainan video seperti League of Legends, Valorant, Legends of Runeterra dan mereka juga hadir dengan siri animasi seperti Arcane di Netflix.

Sohor Kini