Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan Mac untuk pemain di Malaysia.

Mereka menyertakan empat permainan percuma yang boleh ditebus bermula 1 Mac sehingga 4 April 2022;

  • Ghostrunner
  • Brothers: A Tale of Two Souls
  • Team Sonic Racing
  • Ghost of Tsushima Legends

Ghost of Tsushima Legends adalah versi multi-pemain dalam talian untuk permainan tersebut, ia tidak menyertakan bersama permainan penuh ataupun mod solo.

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

Jika anda masih tidak menebus untuk permainan yang ditawarkan pada bulan Februari anda masih boleh melakukannya sehingga 28 Februari 2022.

Sohor Kini