Skip to main content

Pada bulan lepas, fungsi untuk memuat naik tangkap layar sama ada gambar ataupun video dari PlayStation 5 terus ke aplikasi PlayStation di iOS dan Android telah tiba secara beta.

Melalui pengumuman terbaru fungsi tersebut mula diperkenalkan di Amerika dengan negara-negara lain akan disertakan secara berperingkat.

Cara menggunakannya adalah senang sahaja, anda hanya perlu memuat turun aplikasi PlayStation di iOS ataupun Android dan membuka fungsi “Game Captures” di aplikasi tersebut ataupun di PS5 dengan membuka fungsi “Auto-upload”.

Anda mesti menyambung akaun PS5 anda ke aplikasi untuk ia berfungsi. Maklumat lanjut boleh ditonton di video di bawah.

Jika dibuka, ia akan memuat naik kesemua tangkap layar gambar, manakala video adalah dihadkan untuk video kurang daripada 3 minit. Selepas itu, anda boleh memuat turut secara terus gambar ataupun video ke telefon pintar.

Leave a Reply