Jika anda salah seorang yang berkesempatan untuk mendapatkan sebuah konsol Steam Deck daripada pengedar-pengedar tempatan, anda juga pastinya sudah tahu mengenai program Steam Deck Verified yang memberitahu pengguna konsol tersebut permainan manakah yang boleh dimainkan.

Terkini, Steam dilihat telah mengemaskini program Steam Verified tersebut dengan ciri baru dimana pengguna Steam boleh melihat permainan yang dimiliki manakah hadir dengan pengesahan Steam Verified ini.

Anda hanya perlu ke laman web Steam Deck ini, log masuk ke akaun Steam anda, dan permainan-permainan yang sudah hadir dengan pengesahan Steam Verified ini akan disenaraikan, bersama-sama dengan permainan yang boleh dimainkan pada konsol tersebut, walaupun ia tidak atau belum hadir dengan pengesahan Verified.

Senarai tersebut akan dikemaskini apabila Valve sendiri sudah siap penilaian permainan-permainan yang diuji pada platform mereka kelak.

Sohor Kini