Spider-Man: No Way Home Versi Digital Akan Tiba 22 Mac Ini

Spider-Man: No Way Home adakah filem MCU paling epik yang ditayangkan pada tahun lepas. Ia bukan sahaja membentuk Spider-Man menjadi watak yang sebenar dalam komik, tetapi turut membawa kembali watak legenda dan dipenuhi dengan fan service.

Filem ini juga adalah di antara sebab kenapa berlakunya Dr. Strange in the Multiverse of Madness. Selepas berbulan menanti, filem ini akhirnya akan dikeluarkan untuk versi digital. Berikut adalah treler untuk pelancarannya;

Versi fizikal Blu-Ray dan versi 4K UHD akan tiba pada 12 April, manakala versi digital biasa akan tiba pada 22 Mac akan datang. Versi ini turut akan hadir dengan 20 minit tambahan adegan Peter 2 dan Peter 3, 80 minit di sebalik tabir dan pelbagai easter egg.

Biasanya anda boleh dapatkan secara membeli atau sewa di Google TV, Apple TV dan pelbagai platform lain lagi. Adakah anda akan membeli atau sewa filem ini?

Sohor Kini