Video Acah Siri Anime NieR:Automata Diperlihatkan

Sekiranya anda seorang peminat besar genre permainan JRPG, anda pastinya pernah main, atau sekurang-kurangnya mendengar tentang NieR:Automata keluaran Square-Enix. Terkini, video treler acah anime berdasarkan permainan video tersebut baru sahaja diperlihatkan.

Selain daripada video acah 30 saat, satu-satunya butiran mengenai siri anime ini yang dapat diperlihatkan ialah akaun Twitter yang baru sahaja dibuka, dan laman web untuk anime tersebut yang juga baru dilancarkan.

Setakat ini, satu butiran lanjut yang diperlihatkan ialah siri anime tersebut nampaknya akan dibangunkan oleh A-1 Pictures, yang terkenal untuk menganimasi siri anime Sword Art Online, Seven Deadly Sins dan Kaguya-sama: Love is War.

Buat masa ini, ia juga tidak diketahui bilakah siri anime ini akan keudara, dan samada mereka akan mengekalkan pelakon suara sama seperti dalam permainan video tersebut.

Sohor Kini