Blizzard telah mengumumkan satu penceritaan baharu untuk Overwatch dengan judul Code of Violence, ia memfokuskan kepada watak Reaper di mana dia cuba untuk menerima kesan daripada perkara silam. Anda boleh muat turun dan baca penceritaan tersebut di pautan ini.

Selain itu, mereka juga mengumumkan acara masa terhad berjudul sama yang bermula pada 23 Februari sehingga 9 Mac 2022, pemain berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan kosmetik termasuk juga kostum Dusk Reaper.

Berikut adalah cara untuk mendapatkan barangan-barangan ini;

  • Bermain mod Quick Play, Competitive atau Arcade (Menang dikira sebagai 2 sesi permainan)
    • Main 9 Permainan – Ikon Pemain Dusk
    • Main 18 Permainan – Penyembur Deadly Mischief
    • Main 27 Permainan – Kostum Dusk Reaper
  • ‘Tonton Overwatch di Twitch untuk dapatkan penyembur

Overwatch sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang. Overwatch 2 sudah diumumkan akan tetapi masih tiada tarikh pelancaran.

Sohor Kini